Jumat, 28 Februari 2014

Browse » home» » » » » » » PERWANI Shah Alam B’gabung Anjur Walkathon

PERWANI Shah Alam B’gabung Anjur Walkathon



SHAH ALAM: Sebanyak lapan kawasan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), PERWANI bahagian Shah Alam telah mengambil bahagian dalam menganjurkan program larian Walkathon Perwani Shah Alam yang akan diadakan pada Sabtu ini bertempat di Tasik Seksyen 7, Shah Alam.

Menurut Pengerusi Penyelaras PERWANI Shah Alam, Radziah Haji Ahmad, program Walkathon ini juga akan dijalankan serentak dengan Hari Keluarga 1 Malaysia.

Tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk merapatkan serta membina komuniti warga Shah Alam yang lebih mesra di antara satu sama lain.

Lapan PERWANI yang mengambil bahagian terdiri daripada komuniti Kekwa, Melur, Matahari, Bakawali, Cempaka, Rafflesia, Kiambang dan juga Orkid.

“PERWANI akan menganjurkan benda yang melibatkan komuniti dan ianya boleh melibatkan kawasan (serta masyarakat di sekitarnya)”, katanya kepada SiakapKeli ketika ditemui di sini, hari ini.

Program larian bersepadu ini adalah terbuka buat semua dan tiada sebarang yuran pendaftaran dikenakan untuk menyertai Walkathon tersebut.

Program larian yang bermula pada jam 8.00 pagi itu akan diserikan dengan acara senamrobik terlebih dahulu sebelum memulakan larian di sekeliling tasik tersebut.

Baru sahaja dilancarkan pada 30 Oktober lalu, PERWANI bahagian ini sudah merancang pelbagai aktiviti yang dirasakan sesuai dan bermanfaat buat ahli-ahlinya.

“Kami juga berhasrat membuat pertandingan berzanji di antara komuniti, program masakan, senaman zumba dan juga kelas pengurusan jenazah,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, mereka juga sedang merangka pelbagai aktiviti menarik untuk menarik lebih ramai ahli menyertai persatuan terbabit di masa akan datang.

Oleh: JULIANA JOHAR

Tidak ada komentar:

Posting Komentar